Sunday, March 3, 2013

#copypaste


Ingin Disukai Oleh Semua Orang

Jangan menyeksa diri sendiri dengan menetapkan matlamat yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun. Tiada manusia yang akan disukai oleh semua orang dan tiada orang yang selalu nampak sempurna di mata orang lain. Rasulullah sendiri misalnya bukan semua penduduk Mekah menyukainya (malah menentangnya) walaupun Baginda merupakan manusia yang terbaik.
Sebenarnya, kadang – kadang kita perlu juga untuk merasa kekurangan, kerana ia akan membuat kita selalu beringat dan  melatih minda kita untuk membimbing diri kita untuk menjaga kelemahan yang kita miliki. Sedikit demi sedikit, Insyaallah kita akan berjaya membina peribadi yang lebih baik dan positif seiring dengan pengalaman yang kita tempuhi.
Mulakan dengan menjaga penampilan diri, berjalan dengan penuh yakin, tersenyum pada semua orang yang kita temui, menyapa terlebih dahulu dan bertanya khabar mereka dengan penuh kasih sayang.
Jangan terlalu banyak berharap kepada orang lain, kerana setiap orang  masing – masing mempunyai kesibukan tersendiri. Oleh itu, jangan  berhadap untuk diberi tumpuan oleh orang lain. Jangan jadikan ini sebagai perkara utama kita. Cukuplah jika kita telah mendapat seorang sahabat yang baik terhadap kita.
Satu perkara yang harus kita ingat dan ditanam dalam kepala, sebenarnya tiada orang yang mengawasi kita. Kita tidak dituntut melakukan yang terbaik agar kita mendapat perhatian atau simpati dari orang lain. Be yourself.
Jika kita bercadang ingin membina ikatan kasih sayang dengan manusia – manusia lain, saya ada terbaca satu artikel yang menarik dari BroHamzah of Langit Ilahi, tentang 3 Ungkapan Keramat Pengikat Kasih Sayang. Menurut beliau, hati adalah tempat bertapaknya kasih sayang. Manusia yang memiliki kasih sayang akan merasai kebahagiaan, ketenteraman dan kedamaian. Saya sarankan anda membaca artikel tersebut
Terakhir, biarlah kita sekali sekala kita merasakan sedikit kesusahan dan merasakan sesuatu yang negatif semasa kita sedang dilanda musibah. Kerana memang pada hakikatnya tiada orang yang boleh terlepas dari perkara ini. Kita hanya boleh berserah kepadaNYA. Apa yang penting adalah kita jangan pernah memberikan kesempatan kepada musibah itu untuk bersemadi dalam diri kita.
Terimalah perkara – perkara yang positif dan jangan menuntut diri untuk mencapai perkara – perkara yang diluar kemampuan manusia. Dengan itu kita tidak menjatuhkan diri kita sendiri tanya disedari dan dengan menyayangi diri sendiri, sebenarnya kita telah membantu diri kita meningkat ke tahap yang lebih baik.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/disukai-oleh-semua-orang/#ixzz2MOuPzNhs

No comments: